Berita Terkini
← Back to list
Malaysia Terkandas di Terbuka Jerman
Mar 01, 2025
Tiada lagi wakil Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Jerman.
Ini selepas beregu lelaki, Arif Junaidi-Yap Roy King tewas straight set kepada wakil Korea Selatan pada aksi suku akhir.
Manakala beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada gandingan Jepun.
.....
Jurulatih perseorangan wanita, Jeffer Rosobin sah meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia hanya selepas 16 bulan bersama badan induk itu.
BAM berkata Jeffer buat keputusan sukar untuk melepaskan jawatannya kerana komitmen keluarga di Jakarta, Indonesia.
.....
Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe dilaporkan kembali cergas untuk mulakan perlawanan menentang Real Betis hujung minggu ini.
Mbappe direhatkan pada aksi Copa del Rey baru-baru ini akibat pembedahan gigi.
.....
Liverpool umum kerugian lebih 50 juta pound musim lepas kerana tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.
.....
Dan Bayern Munich kalahkan Stuttgart 3-1 pada aksi Bundesliga awal pagi tadi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm