Berita Terkini
← Back to list
Justin Hoh mara ke separuh akhir buat kali pertama!
Aug 01, 2025
Justin Hoh mudah mara ke separuh akhir badminton Terbuka Macau!
Pemain perseorangan lelaki negara itu tundukkan wakil Thailand dengan straight set.
Ia turut menjadi penampilan separuh akhir pertama Justin pada kejohanan bertaraf Super 300 BWF, sekali gus menjadi pencapaian terbaik dalam karier profesionalnya setakat ini.
Turut mara, empat lagi wakil negara iaitu dua beregu lelaki, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal dan Arif Junaidi-Yap Roy King serta dua beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Jimmy Wong-Lai Pei Jing.
__
MFL umum tambahan kuota tiga pemain tempatan menjadikan keseluruhan 33 pemain boleh didaftarkan oleh semua kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia musim baharu.
Keputusan itu diambil selepas beberapa kelab khususnya daripada Liga A1 Semi-Pro yang baharu dinaikkan taraf ke Liga Super musim ini memohon pertimbangan itu.
__
Dan, Kelantan TRW masih berdepan sekatan perpindahan pemain yang dikenakan FIFA susulan isu tunggakan gaji pemain oleh kelab sebelum ini iaitu Kelantan Darul Naim.
Menurut MFL, kelab itu digesa menyelesaikan masalah berkenaan bagi membolehkan pendaftaran barisan pemain yang sudah ditandatangani.
Untuk rekod, Kelantan TRW sudah menandatangani beberapa pemain tempatan baharu termasuk bekas tonggak Sri Pahang FC, T Saravanan dan Azwan Aripin.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm