Berita Terkini
← Back to list
JDT tempah slot ke final Piala Malaysia!
Feb 02, 2025
JDT melangkah ke final Piala Malaysia!
Ini selepas skuad Harimau Selatan tewaskan Terengganu 6-1 secara agregat pada aksi malam tadi.
__
Sementara itu, Sabah buru kemenangan apabila berdepan Sri Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.
Pengendali The Rhinos, Alto Linus berkata ia bagi menyempurnakan misi menamatkan penantian 22 tahun untuk beraksi pada aksi final.
Untuk rekod, Sabah seri 1-1 dengan Sri Pahang pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Likas.
Saksikan Sri Pahang lawan Sabah secara langsung jam 8:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803!
__
Dan, Liverpool perkukuh kedudukan di puncak carta EPL!
Mohamed Salah muncul wira apabila jaringkan dua gol untuk bantu The Reds tewaskan Bournemouth.
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool berjaya meletakkan jurang sebanyak sembilan mata dengan pencabar terdekat, Arsenal.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm