Berita Terkini
← Back to list
Pakaian rasmi baharu Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris
Jul 02, 2024
Majlis Olimpik Malaysia lancar reka corak baharu pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Perubahan tersebut dilakukan susulan kritikan terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.
Disebabkan faktor masa, MOM turut mendapat kebenaran daripada pihak penaja agar logo mereka tidak dipaparkan pada pakaian berkenaan.
----
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris di Istana Negara hari ini.
Pada temasya Olimpik Paris 2024, seramai 25 atlet kebangsaan akan mengambil bahagian setakat ini, manakala sukan Paralimpik pula melibatkan 20 atlet.
.....
Uruguay mara ke suku akhir Copa America selepas tewaskan Amerika Syarikat 1-0 dalam aksi pagi tadi.
Dengan keputusan itu, Amerika Syarikat tersingkir selepas tamatkan saingan Kumpulan C di tempat ketiga.
Sementara itu, Brazil dijadual berdepan Colombia untuk aksi terakhir kumpulan D Copa America.
Saksikan perlawanan Brazil berdepan Colombia secara langsung di Astro saluran 814 bermula 9 pagi esok!
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm