Berita Terkini
← Back to list
MFL menentang keras penstriman secara haram aksi Liga Malaysia
Oct 02, 2024
MFL menentang sekeras-kerasnya aktiviti penstriman secara haram untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia.
Ketua Eksekutifnya, Giorgio Pompili Rossi berkata pihaknya komited untuk melindungi nilai komersial Liga Malaysia susulan hak penyiaran merupakan pendapatan besar buat kelab-kelab yang bertanding.
Ini selepas Kelantan Darul Naim didenda sebanyak RM5,000 serta amaran pertama selepas mempromosikan penstriman langsung bukan penyiar rasmi di media sosial rasmi kelab bulan lalu.
Langgani Pelan Sukan dan Hiburan Sooka untuk menikmati perlawanan Liga Malaysia secara langsung sepanjang musim ini!
__
Pengendali Selangor meletakkan harapan tinggi buat anak buahnya apabila berdepan kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu pada aksi kedua Liga Juara-Juara Asia 2, esok.
Nidzam Jamil berkata pasukan kendaliannya berada dalam momentum terbaik selepas raih keputusan memuaskan pada aksi pembukaan sebelum ini.
Tambah beliau, skuad The Red Giants miliki kelebihan besar memandangkan mereka memenangi semua sembilan aksi di laman sendiri setakat ini.
__
BAM umumkan senarai 34 pemain bagi membawa cabaran skuad senior bagi tahun 2025 termasuk beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Ng Tze Yong.
__
Sementara itu, Datuk Lee Chong Wei beri ucapan penghormatan buat bekas jurulatihnya, Hendrawan, yang meninggalkan BAM selepas 14 tahun.
__
Dan pelumba Terengganu Cycling Team, Nur Aiman Zariff muncul selaku pelumba terbaik Malaysia selepas duduki tempat ke-25 pada Peringkat 4 Le Tour de Langkawi 2024.
Sementara itu, lima pelumba negara termasuk pelumba TSG, Harrif Saleh tersingkir selepas gagal menamatkan perlumbaan pada masa akhir ditetapkan.
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm