Berita Terkini
← Back to list
Zii Jia mara ke separuh akhir Paris 2024
Aug 03, 2024
Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris.
Dia tewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen dengan straight set, untuk menempah pertemuan dengan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn.
Zii Jia akui lega tidak mengecewakan peminat, dan berharap semua dapat terus berikan sokongan untuk pertemuan selepas ini.
.....
Bagaimanapun, Beregu lelaki negara, Aaron Chia/ Soh Wooi Yik pula gagal ke final Olimpik Paris.
Ini selepas mereka tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China dalam 3 set.
Wooi Yik akui kurang tenang dan fokus punca kekalahan, namun telah bersedia untuk perlawanan pingat gangsa esok.
Aaron dan Wooi YIk akan berdepan wakil Denmark, untuk penentuan pingat gangsa malam esok.
.....
Sementara itu, kontinjen negara mungkin rangkul pingat pertama di Paris apabila gandingan Pearly Tan / M Thinaah turun gelanggang untuk perlawanan pingat gangsa jam 9 malam nanti.
Turut beraksi di Paris hari ini pelari pecut, Muhd Azeem Fahmi serta dua atlet pelayaran Nur Shazrin Latiff serta Khairulnizam Afendy.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm