Berita Terkini
← Back to list
Permulaan baik skuad badminton negara pada Terbuka Switzerland
Mar 04, 2021
Foto: Stadium Astro
Skuad badminton negara mulakan Terbuka Switzerland dengan cemerlang.
Ini selepas 4 daripada 5 beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua, termasuk pilihan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Turut mara ialah Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, manakala gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin merupakan satu-satunya beregu lelaki yang tersingkir.
Foto: Stadium Astro
Dalam pada itu, Lee Zii Jia jadi wakil tunggal negara mara ke pusingan ke-2 dalam acara perseorangan lelaki.
2 lagi wakil negara, Liew Daren dan Song Joo Ven tewas straight set kepada lawan masing-masing.
Foto: Stadium Astro
Perjuangan Malaysia dalam acara beregu wanita pula diteruskan oleh pilihan kedua kejohanan, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan gandingan muda, Pearly Tan-M Thinaah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm