Berita Terkini
← Back to list
ACLE: JDT buru bekalan selesa!
Mar 04, 2025
Pengendali JDT tuntut anak buahnya waspada dengan ancaman Buriram United pada aksi pusingan 16 terbaik ACL Elit, malam ini.
Hector Bidoglio berkata skuad Gajah Perang mempunyai ramai pemain berkualiti termasuk Dion Cools dan Suphanat Muenta.
Bagaimanapun dia yakin dengan taktikal skuad Harimau Selatan yang ampuh mampu cipta keputusan positif pada perlawanan itu nanti.
Saksikan Buriram United lawan JDT secara langsung jam 9:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803!
__
Sementara itu, pengendali Sri Pahang tuntut anak buahnya cipta gol awal pada aksi Liga Super berdepan Kuching City, malam ini.
Fandi Ahmad berkata jaringan awal penting sebagai motivasi selain mengelakkan skuad Tok Gajah daripada tertekan.
November lalu, Kuching City mendahului 1-0 ke atas Sri Pahang sebelum perlawanan yang hanya sempat berlangsung selama 30 minit itu dihentikan akibat hujan lebat.
Saksikan Sri Pahang lawan Kuching City secara langsung jam 9:50 malam ini di Astro Arena Bola 2, saluran 804!
__
Dan, Arsenal kehilangan beberapa khidmat tonggak utama pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara berdepan PSV Eindhoven, awal pagi esok.
Gabriel Jesus, Bukayo Saka dan Takehiro Tomiyasu antara pemain yang terpaksa direhatkan ekoran alami kecederaan.
Saksikan PSV Eindhoven lawan Arsenal secara langsung di Astro, saluran 820 bermula 4 pagi nanti!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm