Berita Terkini
← Back to list
KL City bebas perintah larangan dikenakan oleh FIFA
Apr 04, 2024
KL City bebas perintah larangan dikenakan oleh FIFA
FIFA telah tarik balik perintah larangan pendaftaran pemain ke atas KL City FC!
Menurut CEO kelab itu, ini selepas mereka menyelesaikan pembayaran penuh hutang gaji bekas pemainnya.
Sebelum ini KL City FC merupakan antara 6 pasukan Liga M yang dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh badan induk bola sepak antarabangsa itu.
---
KL Rovers terlepas peluang beraksi di Liga Singapura
Hasrat KL Rovers untuk beraksi dalam saingan Liga Singapura berakhir selepas kelab itu tiada dalam senarai yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Singapura, FAS.
Ini bermakna kelab itu kekal beraksi di Liga M3 setelah permohonan bagi mendapatkan lesen kebangsaan untuk beraksi di Liga Super turut ditolak.
---
Malaysia turun 6 tangga ke ranking ke-138 dunia
Kekalahan 2 kali kepada Oman pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini menyebabkan Malaysia turun 6 tangga ke ranking ke-138 dunia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm