Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya Tewas 0-3 Kepada Cape Verde
Jun 04, 2025
Cape Verde tewaskan Harimau Malaya 3-0 pada aksi tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Ini merupakan perlawanan kedua skuad kebangsaan menentang pasukan ranking ke-72 dunia itu selepas seri 1 sama pada aksi persahabatan minggu lalu.
Kedua-dua perlawanan ini merupakan persiapan skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam Selasa depan.
.....
10 wakil negara akan meneruskan cabaran pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia hari ini.
Beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei akan jadi wakil pertama negara yang memulakan aksi pada hari kedua kejohanan itu.
Saksikan secara langsung Terbuka Indonesia bermula 10 pagi ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Dalam perkembangan lain, Menteri Belia dan Sukan berharap Pearly Tan – M. Thinaah dapat terus kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia.
Hannah Yeoh berkata demikian susulan beregu wanita itu belum menandatangani kontrak lanjutan bersama BAM sejak ianya tamat beberapa bulan lalu.
.....
Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Squasy Terbuka Britain selepas tewaskan wakil Jepun.
.....
Akhir sekali, Bruno Fernandes sah menolak tawaran perpindahan ke Al-Hilal meskipun ditawarkan gaji yang lumayan.
Kapten Manchester United itu tegaskan dia mahu kekal bersama The Red Devils untuk terus bermain di peringkat tertinggi dan saingan kompetitif.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm