Berita Terkini
← Back to list
Lee Zii Jia Jangka Pertarungan Sengit
Aug 04, 2024
Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini jadi harapan Malaysia untuk raih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Ia susulan 2 beregu negara tumpas di pentas separuh akhir.
Sementara itu Zii Jia jangka akan berlaku pertarungan sengit ketika menentang pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir lelaki kira-kira jam 4.50 petang ini.
Dalam pada itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun beraksi dalam penentuan gangsa acara badminton beregu lelaki pada 9.00 malam ini.
---
Selangor FC melangkah ke final Piala FA selepas benam Terengganu FC 4-1 pada separuh akhir kedua di Petaling Jaya malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor mara dengan agregat 6-4 selepas tewas 2-3 pada aksi pertama di Terengganu, 19 Julai lalu.
Sementara itu satu lagi aksi separuh akhir kedua antara JDT dengan Kedah akan berlangsung mulai 8.15 malam ini.
Tonton perlawanan tersebut secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803.
---
Liverpool tewaskan Man United 3-0 dalam perlawanan persahabatan pramusim.
Perlawanan persahabatan lain berkesudahan Man City tumpaskan Chelsea 4-2 dan Barcelona kalahkan Real Madrid 2-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm