Berita Terkini
← Back to list
Sukan Paralimpik Paris: Malaysia Raih Pingat Ke-3
Sep 04, 2024
Malaysia raih pingat ketiga pada Sukan Paralimpik Paris.
Ini selepas Ziyad Zolkefli raih pingat perak acara lontar peluru F20 dengan catatan 17.18 meter.
Sementara itu, kontinjen negara terlepas peluang tambah kutipan pingat apabila Ammar Aiman tamatkan final acara lari 400 meter T20 di tempat ke-4.
Atlet negara itu merekodkan 48.38 saat iaitu hanya 0.08 saat di belakang pemenang pingat gangsa dari Mauritius.
Manakala Muhammad Nazmi Nasri raih tempat ke-5 pada acara lompat jauh lelaki T37.
China terus ungguli senarai kutipan pingat dengan 53 emas manakala Malaysia berada di kedudukan ke-42 dengan 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.
Sementara itu, atlet olahraga para negara, Eddy Bernard bakal terima ganjaran lumayan selepas raih gangsa pada Paralimpik Paris.
Ia termasuk ganjaran daripada kerajaan berjumlah RM100,000 dan RM2,000 untuk elaun bulanan sepanjang hayat.
---
Pearly Tan-M Thinaah naik satu anak tangga untuk duduki ranking ke-8 dunia.
Ini susulan beregu wanita negara itu muncul naib juara pada Badminton Terbuka Korea 2024 baru-baru ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm