Berita Terkini
← Back to list
Manchester United pecat Ruben Amorim!
Jan 05, 2026
Ruben Amorim sah dipecat sebagai pengendali Manchester United!
Ia berkuatkuasa serta merta selepas 14 bulan Amorim mengendali skuad The Red Devils.
Bekas pemain United, Darren Fletcher bakal menggalas tugas sebagai pengendali untuk aksi Khamis ini bertemu Burnley.
Terdahulu, Amorim cetus kontroversi apabila menegur pengurusan Manchester United supaya tidak mencampuri tugasnya mengendali kelab berkenaan.
__
BAM sudah mengemukakan cadangan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia untuk mengubah jadual Terbuka Malaysia dalam kalendar Jelajah Dunia.
Setiausaha Agung BAM berkata ia melibatkan penganjuran Terbuka Malaysia pada pertengahan tahun iaitu sekitar Mei, manakala Masters Malaysia pula dicadangkan diawalkan ke Januari.
Antara justifikasi utama BAM mengemukakan cadangan itu adalah bagi mengelakkan kejohanan bertaraf tertinggi dianjurkan terlalu awal pada awal musim.
Terdahulu, pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia gesa jadual Terbuka Malaysia pada masa depan dirombak bagi memberi ruang pemulihan lebih ideal kepada pemain elit dunia.
__
Dalam pada itu, pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia berharap Terbuka Malaysia mampu menghadirkan pertembungan sesama beregu negara di pentas final.
Jelas Aaron, ia bagi menamatkan penantian panjang kejuaraan acara itu di laman sendiri yang menyaksikan kali terakhir dimenangi gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah pada edisi 2014.
Selain Aaron-Wooi Yik, enam lagi beregu lelaki negara akan beraksi pada edisi kali ini antaranya Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm