Berita Terkini
← Back to list
JDT Kekal Rekod Kemenangan 100% Liga Super
Jan 05, 2026
JDT membuka tirai 2026 dengan kemenangan.
Ini selepas skuad Harimau Selatan tewaskan Selangor 2-0 pada aksi Liga Super malam tadi sekali gus meneruskan rekod 13 kemenangan berturut-turut dalam saingan liga.
Anak buah Xisco Munoz itu kini kukuhkan kedudukan di puncak liga dengan 39 mata, 11 mata mengatasi pencabar terdekatnya, Kuching City.
Dalam satu lagi aksi, KL City benam Imigresen FC 4-2 untuk melonjak ke tangga ke-3 liga.
.....
Aksi EPL berkesudahan,
Chelsea raih 1 mata berharga apabila seri 1-1 dengan Manchester City,
Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Leeds,
Fulham menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk seri 2-2 dengan Liverpool,
Sunderland juga terikat 1-1 dengan Tottenham,
Dan Brentford kalahkan Everton 4-2.
.....
Real Madrid belasah Real Betis 5-1 pada aksi La Liga untuk duduki tangga kedua liga.
.....
Akhir sekali, Cameroon mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika selepas tewaskan Afrika Selatan 2-1.
Mereka seterusnya dijadual bertemu Maghribi yang kalahkan Tanzania 1-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm