Berita Terkini
← Back to list
Sukan Olimpik Paris: Malaysia Raih Pingat Pertama
Aug 05, 2024
Malaysia berjaya raih pingat pertama di Sukan Olimpik Paris.
Beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik raih gangsa selepas tewaskan beregu Denmark dalam pertarungan 3 set malam tadi.
Ia menyaksikan Malaysia kini duduki tangga ke-61 dalam senarai pungutan pingat Olimpik Paris manakala Amerika Syarikat ungguli tangga teratas dengan 19 pingat emas.
Sementara itu, bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bangga dengan persembahan Lee Zii Jia meskipun tewas straight set kepada wakil Denmark di separuh akhir Olimpik Paris.
Tambahnya Zii Jia perlu pamer aksi terbaik pada penentuan pingat gangsa hari ini selain cuba tebus kekalahan pada temasya olimpik seterusnya.
Zii Jia akan bertemu dengan pemain India, Lakshya Sen untuk penentuan pingat gangsa hari ini.
.....
JDT mara ke final Piala FA selepas tundukkan Kedah 3-0 dengan agregat 5-1 dalam aksi separuh akhir semalam.
Skuad Harimau Selatan itu akan berdepan Selangor pada aksi final 24 Ogos nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm