Berita Terkini
← Back to list
Pestabola Merdeka: Afiq Fazail sah cedera lutut, bakal terlepas final
Sep 05, 2024
Harimau Malaya bakal kehilangan khidmat pemain tengah negara, Afiq Fazail pada aksi final Pestabola Merdeka hujung minggu ini .
Ia susulan pemain tengah negara itu alami kecederaan lutut pada aksi kemenangan 2-1 Malaysia ke atas Filipina semalam.
Malaysia bakal berdepan Lubnan pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil , Ahad ini.
__
Bekas penjaga gol Real Sociedad, Andoni Zubiaurre sah menyarung jersi JDT pada jendela perpindahan kali ini!
Sebelum ini, JDT telah menyambar enam pemain antaranya Park Jun-heong dan Enzo Lombardo.
Langgani Pelan Sukan dan Hiburan Sooka untuk menikmati perlawanan Liga Malaysia secara langsung sepanjang musim ini!
__
Jaguh perseorangan badminton Lee Zii Jia dijangka terlepas peluang untuk bertanding di Terbuka Hong Kong, minggu depan kerana masih belum pulih dari kecederaan.
Penyertaan beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga diragui ekoran kecederaan yang dialami Wooi Yik di Olimpik Paris.
__
Pemain muda perseorangan negara, Justin Hoh tewaskan wakil Indonesia untuk mara ke suku akhir badminton Terbuka Chinese Taipei.
__
Dan atlet renang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli layak ke final acara 50m S5 gaya bebas lelaki selepas menduduki tempat ke-8 keseluruhan dalam saringan di Paralimpik Paris.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm