Berita Terkini
← Back to list
Terbuka Malaysia Bermula Hari Ini
Jan 06, 2026
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia membuka tirainya hari ini.
Ini menyaksikan 11 wakil negara termasuk pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia akan memulakan cabaran negara pada pusingan pertama.
Dalam pada itu, pemenang pingat emas Sukan SEA 2025, Pearly Tan – M. Thinaah tekad mara sejauh mungkin dalam saingan Terbuka Malaysia.
Bagaimanapun Pearly enggan letak sasaran yang melampau dan ambil pendekatan satu perlawanan demi satu perlawanan biarpun diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan.
Ikuti secara langsung Terbuka Malaysia bermula 9 pagi ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon sah kembali ke Malaysia sebagai ketua jurulatih baharu Selangor.
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan The Red Giants, manakala pengendali interim, Christophe Gamel dilantik sebagai Pengarah Teknikal Selangor yang baharu.
.....
Manchester United kini mencari pengurus baru selepas mengumumkan pemecatan pengendalinya, Ruben Amorim.
Amorim yang memegang jawatan tersebut selama 14 bulan meninggalkan skuad The Red Devils dengan hanya meraih 24 kemenangan daripada 63 perlawanan.
.....
Akhir sekali, Mesir sahkan tempat ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika selepas tewaskan Benin 3-1 awal pagi tadi.
Bintangnya, Mohamed Salah menjaringkan 1 gol pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1 sama selepas 90 minit.
Dalam pada itu, Nigeria turut mara ke suku akhir selepas benam Mozambique 4-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm