Berita Terkini
← Back to list
Aksi hidup dan mati KL City
Feb 06, 2025
KL City berdepan aksi hidup dan mati apabila berdepan Buriram United pada aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN, malam ini.
The City Boys kini berada di tangga ketiga, ketinggalan satu mata di belakang wakil Thailand itu sekaligus menyaksikan mereka wajib menang untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
Sementara itu, tonggak pertahanan, Giancarlo Callifuoco mengharapkan rakan sepasukannya dapat tampil dengan aksi terbaik bagi menyempurnakan misi kemenangan.
Ikuti aksi antara Buriram United dan KL City secara langsung di Astro Arena Bola, saluran 803 bermula 8 malam ini!
__
JDT mahu jadikan kemenangan 4-0 ke atas PDRM pada aksi Liga Super sebagai bekal semangat untuk harungi dua aksi ACLE, bulan ini.
Pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio berkata dua aksi itu sangat penting jadi beliau akan memastikan pemain berada pada kondisi terbaik.
Untuk rekod, JDT akan berdepan kelab Liga Australia, Central Coast Mariners Selasa depan sebelum menanti kunjungan kelab Liga Korea, Pohang Steelers, 18 Februari ini.
__
Dan, Kementerian Belia dan Sukan merekodkan 28 aduan berkaitan gangguan seksual dalam industri sukan negara.
Menterinya, Hannah berkata ia membabitkan penderaan dan ‘sexual grooming’ yang direkodkan antara 2023 hingga 2024.
Susulan itu, KBS akan meneruskan program advokasi dan kesedaran di peringkat akar umbi sebagai salah satu inisiatif untuk mencegah kes sedemikian.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm