Berita Terkini
← Back to list
Olimpik Paris: Lee Zii Jia Hadiahkan Pingat ke-2
Aug 06, 2024
Lee Zii Jia menghadiahkan pingat kedua untuk negara pada Sukan Olimpik Paris.
Ini selepas pemain perseorangan itu tundukkan wakil India dalam pertarungan 3 set pada aksi penentuan pingat gangsa malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia memperbaiki rekodnya pada Olimpik Tokyo yang lalu apabila hanya layak ke pusingan 16 terbaik.
Sementara itu, Viktor Axelsen dari Denmark mempertahankan emasnya di Olimpik selepas tewaskan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dengan straight pada aksi final malam tadi.
Manakala, Pemain Korea Selatan, An Se-young raih emas perseorangan wanita selepas tundukkan wakil China dengan straight set.
---
Skuad KL City dikenakan hukuman susulan kemuka deklarasi tunggakan yang tidak tepat untuk permohonan lesen kebangsaan dan AFC musim ini.
Melalui kenyataan MFL, antara hukuman yang dikenakan ialah pemotongan 6 mata, denda RM50,000 dan dikenakan larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim ini bagi kesalahan permohonan lesen kebangsaan.
Skuad The City Boys itu turut tidak dibenarkan memohon lesen AFC selama 2 tahun bermula musim ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm