Berita Terkini
← Back to list
Faisal Halim Dirawat di ICU
May 07, 2024
Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang menjadi mangsa kes serangan asid kini dirawat di ICU.
Ini selepas kecederaannya didapati lebih serius daripada jangkaan apabila disahkan melecur tahap 4.
Faisal yang menjalani pembedahan semalam dijangka perlu jalani beberapa lagi pembedahan.
Difahamkan juga, proses penyembuhan tonggak Harimau Malaya itu dijangka ambil masa lama, minimum 6 bulan.
Sementara itu FAM akan tingkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain kebangsaan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ia termasuk ketika kem latihan pusat dan perjalanan sewaktu hari perlawanan di dalam mahupun luar negara.
Ia susulan serangan jenayah ke atas Faisal Halim dan Akhyar Rashid yang jadi mangsa samun minggu lalu.
---
Manchester United diaibkan Crystal Palace 0-4, kekalahan ke-13 mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
United yang kini berada di tangga ke-8 liga, perlu sekurang-kurangnya tamatkan musim di tempat ke-7 untuk berpeluang beraksi dalam Liga Konferens Europa.
The Red Devils juga berpeluang raih slot ke Liga Europa jika berjaya tewaskan musuh setempat, Manchester City pada aksi final Piala FA.
---
Bintang skuasy negara, S Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games.
Ia bagi iktiraf pencapaian cemerlangnya rangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan 3 daripada 4 pemain terbaik dunia bulan lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm