Berita Terkini
← Back to list
Olimpik Paris: Hari Yang Sibuk Buat Kem Negara
Aug 07, 2024
Kem berbasikal trek negara akan memulakan kempen pemburuan pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia di Paris, hari ini.
Dato' Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom akan turun beraksi sekitar jam 6.45 petang dalam peringkat kelayakan acara pecut lelaki individu.
Dato' Azizulhasni memberitahu Astro Arena, walaupun acara itu bukanlah kegemarannya, beliau tetap letak sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan dan Asia.
Seorang lagi pelumba negara, Nurul Izzah Izzati akan beraksi dalam kategori keirin wanita peringkat pertama kira-kira 7.30 malam nanti.
Dalam satu lagi perkembangan, atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan juga akan memulakan cabaran di Paris dalam kategori 61 kilogram pada 9.00 malam ini.
Ketika ini, catatan terbaik pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu adalah 296 kilogram dandia sasar angkatan seberat 305 kilogram untuk bidik pingat.
Turut mula beraksi pada 9.00 malam ini adalah penerjun Nur Dabitah Sabri bagi peringkat awal acara 3 meter papan anjal wanita.
---
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky menyifatkan beliau masih mempunyai tanggungjawab bersama kem badminton negara.
Ujar Rexy, meskipun terdapat gesaan peminat dari negara kelahirannya agar beliau kembali ke Indonesia namun buat masa ini, tugas dan hatinya adalah bersama Malaysia.
Kem badminton negara tamatkan kempen Olimpik Paris 2024 dengan raih 2 gangsa menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan, Lee Zii Jia.
Pearly Tan-M Thinaah pula cipta kejutan sebagai beregu wanita pertama Malaysia mara ke separuh akhir.
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya ada masa rehat kurang 2 minggu sebelum galas cabaran di Badminton Terbuka Jepun.
Beregu lelaki negara itu yang selamat tiba di KLIA pagi tadi beritahu, mereka juga mungkin sertai Terbuka Korea seminggu selepas itu.
Seorang lagi pemenang gangsa di Olimpik Paris, Lee Zii Jia dilapor akan turut beraksi di Terbuka Jepun yang akan bermula pada 20 Ogos.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm