Berita Terkini
← Back to list
Paralimpik Paris 2024: Bonnie pecah rekod dunia, sumbang emas kedua negara!
Sep 07, 2024
Malaysia raih pingat emas kedua pada Sukan Paralimpik Paris!
Ini selepas Bonnie Bunyau Gustin menjuarai acara powerlifting kategori 72 kilogram.
Atlet kelahiran Sarawak itu melakukan angkatan 232 kilogram sekaligus mencipta rekod baru temasya dan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri.
Malaysia kini miliki 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa manakala China terus mengungguli senarai kutipan pingat dengan 83 emas.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahirkan ucapan tahniah kepada Bonnie ekoran kejayaannya itu.
__
Dalam perkembangan lain, jaguh angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu akibat serangan jantung pada usia 45 tahun.
Allahyarham pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangasa selepas meraih dua pingat emas dalam Sukan SEA di Vietnam 2003 dan Filipina 2005.
__
Juara dunia, Selangor Red Giants mahu pertahankan kejuaraan apabila berdepan Homebois pada saingan Liga Profesional Mobile Legend Malaysia musim 14 hari ini.
__
Belgium catat kemenangan pertama pada saingan Liga Negara-Negara UEFA apabila kalahkan Israel 3-1.
Dalam satu lagi aksi, Itali benam Perancis juga 3-1.
__
Beralih ke kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan,
Uruguay dan Paraguay terikat tanpa jaringan,
Rodrygo muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan untuk bantu Brazil tewaskan Ecuador 1-0,
Manakala Peru seri satu sama dengan Colombia.
__
Dan Bintang Muay Thai, Jojo menepati ramalan apabila tumbangkan lawan dari Mexico pada saingan One FC 168.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm