Berita Terkini
← Back to list
Man United Mara Ke Pusingan Ke-5 Piala FA
Feb 08, 2025
Manchester United mara ke pusingan ke-5 Piala FA Inggeris.
Ini selepas The Red Devils bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan Leicester City 2-1.
Gol kemenangan United dijaringkan oleh Harry Maguire pada waktu kecederaan.
.....
Sementara itu, Ruud Van Nistelrooy kecewa selepas anak buahnya tewas kepada Manchester United.
Pengendali Leicester itu berpendapat gol jaringan Maguire sepatutnya dibatalkan kerana offside namun sistem VAR hanya akan digunakan bermula pusingan ke-5 kejohanan itu.
.....
Dalam pada itu, Manchester City buru kembali rentak kemenangan menjelang aksi pusingan ke-4 Piala FA berdepan Leyton Orient malam ini.
Ini selepas rekod tanpa kalah 6 perlawanan mereka berakhir selepas tewas 1-5 kepada Arsenal pada aksi EPL sebelum ini.
Saksikan secara langsung perlawanan Man City dengan Leyton Orient di ASTRO, saluran 810 bermula 8.05 malam ini.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Kuching City terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Perak selepas seri 1 sama pada aksi Liga Super.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Kuching City di tangga ke-6 dengan 22 mata – 1 mata dibelakang Perak di kedudukan ke-5.
.....
Dalam satu lagi aksi, Penang belasah tuan rumah, Kelantan Darul Naim 6-1 pada aksi Liga Super malam tadi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm