Berita Terkini
← Back to list
Masters Orleans: Arif-Roy King wakil tunggal negara ke separuh akhir
Mar 08, 2025
Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Masters Orleans diteruskan Arif Junaidi dan Yap Roy King!
Beregu lelaki negara itu mara ke peringkat separuh akhir selepas kalahkan gandingan Chinese Taipei dengan straight set.
Wakil tunggal Malaysia itu dijadualkan berdepan pilihan pertama dari China hari ini.
Sementara itu, empat lagi wakil negara tersingkir termasuk beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah dan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia.
Zii Jia tewas straight set kepada pemain bukan pilihan dari Ireland.
__
Terengganu bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk seri 2-2 dengan Sabah pada aksi Liga Super malam tadi.
Safawi Rasid muncul penyelamat skuad Penyu apabila menjaringkan gol penyamaan 5 minit sebelum perlawanan tamat.
Dalam satu lagi aksi, KL City tundukkan tuan rumah, Kedah 3-2.
__
Dan, Nor Farah Ain Abdullah bersyukur dan gembira atas kejayaan bergelar pemain boling padang nombor satu dunia.
Jaguh boling padang negara itu berharap kejayaan yang dicapai ketika ini mampu menjadi inspirasi buat pelapis-pelapis sukan di luar sana terutamanya kaum wanita.
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita, Farah kini duduki tangga teratas dengan mengumpul 723 mata.
Hari ini merupakan Hari Wanita Antarabangsa dengan tema Wanita Beraspirasi Membina Legasi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm