Berita Terkini
← Back to list
Wei Chong-Kai Wun Wakil Tunggal di Final
Jun 09, 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke final Terbuka Indonesia.
Ini selepas mereka kecewakan pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam aksi separuh akhir malam tadi.
Wei Chong-Kai Wun bakal berdepan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam perlawanan akhir hari ini.
---
Kim Pan-gon percaya skuad negara mampu untuk cari jaringan besar ketika berdepan Chinese Taipei dalam aksi terakhir Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di Bukit Jalil.
Ujar pengendali Harimau Malaya itu, ini kerana Malaysia pernah menang besar ke atas Papua New Guinea 10-0 dalam aksi persahabatan tahun lalu dan tidak mustahil ia dapat diulangi.
Sementara itu FAM jamin padang Stadium Nasional Bukit Jalil akan berada dalam keadaan terbaik untuk aksi tersebut Selasa nanti.
---
Sepanyol tamatkan persiapan Euro 2024 mereka dengan kemenangan 5-1 ke atas Ireland Utara dalam aksi persahabatan semalam.
Belgium pula tumpaskan Luxembourg 3-0, manakala Croatia kejutkan Portugal 2-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm