Berita Terkini
← Back to list
Malaysia julang trofi Pestabola Merdeka 2024
Sep 09, 2024
Malaysia akhirnya julang trofi Pestabola Merdeka selepas 11 tahun penantian.
Skuad Harimau Malaya tewaskan Lubnan 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Romel Morales muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan pada babak pertama.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka adalah pada edisi 2013.
Sementara itu, Tajikistan raih tempat ketiga selepas tewaskan Filipina 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
.....
Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand pada aksi final regu berpasukan Piala Raja Thai.
Kali terakhir skuad sepak takraw menjuarai kejohanan tersebut ialah pada 1988.
.....
Sukan Paralimpik Paris melabuhkan tirainya dengan upacara penutup temasya tersebut dilangsungkan awal pagi tadi.
Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie merupakan atlet terakhir yang beraksi dan dia menamatkan saingan di tempat ke-7 acara 107 kilogram lelaki.
Malaysia tamatkan saingan kali ini di kedudukan ke-42 dengan 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa.
.....
Aksi Liga Negara-Negara UEFA berkesudahan,
Portugal bangkit daripada ketinggalan untuk kalahkan Scotland 2-1,
Croatia menang tipis 1-0 ke atas Poland,
Dan, Sepanyol benam Switzerland 4-1.
.....
Akhir sekali, Marc Marquez menjuarai GP San Marino untuk raih kemenangan kedua berturut-turutnya buat kali pertama sejak 2021.
Tempat kedua milik Francesco Bagnaia manakala Enea Bastianini duduki tempat ketiga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm