Berita Terkini
← Back to list
10 jurulatih isi kekosongan dalam NFDP
Jan 25, 2019
Foto - Stadium Astro
Sepuluh jurulatih bakal dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Remaja Negeri dan jurulatih dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara di Akademi Mokhtar Dahari.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal NFDP, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pihaknya sudah mengiklankan jawatan jurulatih yang masih belum diisi itu pada 10 hingga 18 Januari lepas.
Foto - Stadium Astro
Menurut Subahan, sebanyak 83 permohonan diterima dari jurulatih tempatan dan luar negara untuk mengisi kekosongan itu.
Malah, pihaknya sudah menjalankan sesi temuduga calon Ketua Jurulatih Remaja Negeri untuk mengisi kekosongan di beberapa negeri.
Foto - Stadium Astro
Tambahnya lagi, selaras dengan proses penstrukturan semula NFDP, sistem kejurulatihan juga perlu diubah agar ia boleh digerakkan segera.
Ia bagi memastikan kesinambungan pembangunan pemain muda tidak terbantut selepas sistem NFDP dirombak pada 10 Disember lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm