Berita Terkini
← Back to list
Ranking FIFA: Harimau Malaya naik 6 anak tangga, kedudukan terbaik sejak 2006!
Jul 10, 2025
Malaysia naik ke tangga ke-125 dunia dalam ranking terbaru FIFA!
Ia menyaksikan Harimau Malaya melonjak enam anak tangga berbanding kedudukan terdahulu.
Ia juga merupakan kedudukan terbaik skuad kebangsaan selepas hampir 20 tahun.
__
Atlet larian ultra negara, Noor Ainun Yeop Kamaruddin, diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai "Wanita Pertama Menamatkan Larian Nozomi Coast to Coast.
Pengiktirafan itu sebagai simbol penghargaan apabila beliau berjaya menamatkan larian sejauh 444 kilometer dari Lumut, Perak ke Bachok, Kelantan dalam tempoh kira-kira 114 jam.
__
Dan, Luka Modric sah meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini selepas 13 tahun bersama kelab itu.
Sepanjang bersama Real, Modric mencipta nama sebagai pemain paling banyak meraih trofi dalam sejarah Los Blancos iaitu sebanyak 28 trofi.
Aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab berdepan PSG awal pagi tadi menjadi perlawanan terakhir Modric menyarung jersi Real Madrid.
Modric bakal berkelana ke Itali untuk memperkuat pasukan AC Milan pada musim akan datang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm