Berita Terkini
← Back to list
Olimpik Paris: Jijoe & Shah Firdaus buru pingat
Aug 10, 2024
Cabaran Malaysia untuk raih emas pertama Olimpik diteruskan hari ini.
The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom akan memulakan pusingan pertama acara keirin lelaki.
Terdahulu, pelumba basikal negara Nurul Izzah Izzati tersingkir pada pusingan repechage dalam acara pecut.
Sementara itu, Nur Dhabitah Sabri menduduki tempat ke-12 pada aksi final acara 3 meter papan anjal wanita.
Atlet terjun lelaki negara, Bertrand Rhodict pula tamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-25 acara 10 meter platform individu lelaki.
__
Saksikan liputan langsung temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dengan melanggan pelan Sooka s-o-o-k-a atau dapatkan pass 24 jam!
__
Selangor dijangka tiada masalah untuk berdepan Kelantan Darul Naim pada aksi Liga Super petang ini.
Pengendalinya, Nidzam Jamil berharap anak buahnya dapat mengekalkan momentum untuk buru tiga mata bagi mengukuhkan lagi kedudukan di kelompok dua teratas liga.
Dalam pada itu, Faisal Halim sekali lagi tersenarai dalam skuad The Red Giants untuk perlawanan hari ini.
Saksikan Selangor lawan Kelantan Darul Naim secara langsung jam 5 petang di Astro saluran 803!
Dalam satu lagi aksi, Terengganu akan berkunjung ke Stadium Bolasepak KL, Cheras untuk berdepan KL City malam ini.
__
Dan beralih ke bola sepak antarabangsa,
Manchester United bakal kehilangan khidmat beberapa pemain apabila berdepan Manchester City pada aksi Perisai Komuniti malam ini.
Anda boleh ikuti perlawanan itu secara langsung jam 10 malam ini di Astro saluran 813!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm