Berita Terkini
← Back to list
ABM Dijangka Rombak Barisan Kejurulatihan
Sep 10, 2024
Akademi Badminton Malaysia (ABM) dijangka buat rombakan barisan kejurulatihan.
Pengarah Kejurulatihannya Rexy Mainaky berkata, mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi bincang perkara itu secara terperinci.
Menurut beliau lagi, mesyuarat berkenaan juga akan bincang keperluan mengecilkan jumlah pemain dalam skuad senior dan remaja kebangsaan.
Sementara itu Ranking terbaru BWF menyaksikan, Lee Zii Jia kembali menduduki tangga ketiga perseorangan lelaki dunia.
Kali terakhir pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 itu berada dalam kelompok 3 terbaik adalah pada Januari tahun lalu iaitu tempat ke-2 dunia, juga ranking terbaik dalam kerjayanya.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula jatuh dari kedudukan ke-3 kepada nombor 5 dalam ranking beregu lelaki.
Manakala beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menduduki tempat ke-8 dan ke-9 dalam kategori masing-masing.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm