Berita Terkini
← Back to list
ACL Elit: Wajib menang di hadapan penyokong Harimau Selatan! - Bidoglio
Mar 11, 2025
JDT bawa misi wajib menang apabila melayan kunjungan Buriram United pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik ACL Elit, malam ini.
Pengendalinya, Hector Bidoglio berkata ia bagi menyempurnakan misi mara ke suku akhir.
Justeru, Bidoglio tuntut anak buahnya manfaatkan peluang beraksi di laman sendiri bagi merealisasikan kemenangan di hadapan ribuan penyokong Harimau Selatan.
Untuk rekod, JDT seri tanpa jaringan dengan Buriram United pada aksi pertama sebelum ini.
Ikuti aksi antara JDT dan Buriram United secara langsung di Astro Arena Bola, saluran 803 bermula 7:30 malam ini!
__
Dalam perkembangan lain,
Aaron Chia-Soh Wooi Yik antara tujuh wakil Malaysia yang akan memulakan cabaran pada kejohanan badminton Seluruh England, hari ini.
Beregu lelaki negara itu dijadualkan berdepan gandingan Denmark pada pusingan pertama.
Terdahulu, BAM sahkan Aaron sedia beraksi selepas penyertaannya diragui ekoran alami kecederaan.
Saksikan kejohanan badminton Seluruh England secara langsung SEKARANG di Astro Badminton, saluran 815!
__
Dan, pengendali Liverpool tuntut anak buahnya catat keputusan positif apabila melayan kunjungan PSG pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi esok.
Arne Slot berkata ia susulan The Reds bergelut untuk tewaskan pasukan itu 1-0 pada aksi pertama.
Tambahnya, Cody Gakpo dijangka kembali beraksi susulan pulih daripada kecederaan.
Ikuti aksi antara Liverpool dan PSG secara langsung di Astro, saluran 822 bermula 4 pagi nanti!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm