Berita Terkini
← Back to list
Pearly-Thinaah lega isu kontrak selesai
Jul 11, 2025
Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan akui lega selepas isu kontrak dia dan pasangannya M Thinaah bersama BAM selesai.
Pearly berkata keputusan itu membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan.
Selepas hampir tujuh bulan, Pearly-Thinaah menamatkan spekulasi dengan menandatangani kontrak baharu sekaligus kekal bersama badan induk itu sehingga Olimpik Los Angeles 2028.
__
Dalam perkembangan lain, Leong Jun Hao akui bakal berdepan tugas sukar pada kejohanan badminton Terbuka Jepun yang akan bermula Selasa depan.
Ia susulan pemain perseorangan lelaki itu dijadualkan bertemu juara bertahan daripada Perancis, Alex Lanier pada pusingan pertama.
Namun Jun Hao yakin dia mampu pamer aksi terbaik pada kejohanan itu nanti.
__
Dan, Datuk Zainal Abidin Hassan optimis Harimau Malaya mampu berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia dalam beberapa tahun lagi.
Legenda bola sepak negara itu berkata ia tidak mustahil sekiranya skuad kendalian Peter Clamovski berjaya mengekalkan momentum dan terus melakar keputusan positif dalam setiap aksi diharungi.
Terdahulu, Harimau Malaya melonjak enam anak tangga untuk berada di kedudukan ke-125 dalam rangking terbaru FIFA.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm