Berita Terkini
← Back to list
Pemenang pingat paralimpik dapat tajaan umrah, kembara Korea Selatan
Sep 11, 2024
Dua atlet negara beragama Islam yang memenangi pingat di Sukan Paralimpik Paris terima tajaan pakej mengerjakan umrah.
Manakala tiga lagi atlet bukan Islam diberi pakej kembara Korea Selatan oleh sebuah agensi pelancongan.
Ia adalah untuk meraikan kejayaan atlet paralimpik yang banyak berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara di persada dunia.
Di Paralimpik Paris, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.
__
Dalam perkembangan berkaitan, Cheah Liek Hou zahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang banyak membantunya dalam persiapan ke Sukan Paralimpik Paris.
Jaguh badminton para negara itu berkata kedua-dua agensi itu memainkan peranan penting terhadap kejayaannya di Paris.
Untuk rekod, ini adalah kali kedua Liek Hou meraih emas di Paralimpik selepas turut memenanginya pada edisi 2020 di Tokyo.
__
Beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua saingan badminton Terbuka Hong Kong selepas tewaskan pasangan Korea straight set.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm