Berita Terkini
← Back to list
Liga Super: FAM ambil tindakan insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
Nov 11, 2024
FAM akan ambil tindakan insiden perbalahan antara pemain JDT, Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak, Tommy Mawat Bada pada aksi Liga Super, malam tadi.
Timbalan Presidennya, Datuk S Sivasundaram jelaskan kedua-dua pemain terbabit boleh dikenakan hukuman biarpun hanya dilayangkan kad kuning.
Tambahnya, FAM sedang menunggu laporan penuh daripada komisioner perlawanan dan penilai pengadil sebelum mengambil tindakan lanjut.
__
Sementara itu, pengendali Perak akui jurang kualiti permainan yang berbeza menjadi punca kekalahan besar 0-5 kepada JDT pada aksi tertunda Liga Super, malam tadi.
Yusri Che Lah berkata anak buahnya gagal mengunci corak permainan pantas skuad Harimau Selatan sehingga mereka mudah menembusi benteng pemainnya.
__
Dan Aaron Chia akui gembira dapat mengembalikan prestasi beregu lelaki utama negara itu selepas kecederaan dialami pasangannya, Soh Wooi Yik.
Semalam, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul juara badminton Masters Korea selepas tewaskan wakil tuan rumah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm