Berita Terkini
← Back to list
ACL Elit: TMJ bangga JDT berjuang habis-habisan!
Mar 12, 2025
Pemilik JDT tetap bangga dengan pasukan itu yang berjuang habis-habisan pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik ACL Elit berdepan Buriram United, semalam.
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi kelab itu untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia.
Pemilik JDT itu turut berterima kasih kepada semua penyokong Harimau Selatan atas sokongan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim.
Kekalahan 1-0 malam tadi menyaksikan JDT tersingkir sekaligus gagal ke suku akhir kejohanan tertinggi Asia itu.
__
Lee Zii Jia akan pertimbangkan keputusan untuk bertanding pada saingan Terbuka Switzerland, minggu depan selepas menilai kecergasannya.
Jaguh perseorangan lelaki negara itu alami prestasi hambar yang menyaksikan dia tewas pada pusingan pertama Seluruh England selepas berehat hampir tiga bulan akibat kecederaan.
__
Dan, Arsenal intai peluang untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila berdepan PSV Eindhoven pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik, awal pagi esok.
Skuad kendalian Mikel Arteta bawa bekalan selesa selepas catat 7-1 secara agregat pada aksi pertama sebelum ini.
Ikuti aksi antara Arsenal dan PSV secara langsung di Astro saluran 820 bermula 4 pagi nanti!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm