Berita Terkini
← Back to list
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah sahkan slot ke separuh akhir!
Sep 12, 2025
Pearly Tan-M Thinaah sahkan slot ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Hong Kong!
Beregu pilihan kedua itu tundukkan rakan senegara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dengan straight set.
Namun cabaran beregu lelaki berakhir selepas Arif Junaidi-Yap Roy King tewas kepada gandingan India.
__
Beralih ke bola sepak, pengendali JDT enggan anak buahnya dibuai kemenangan selepas membelasah Penang 6-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Sebaliknya, Xisco Munoz mahu skuad Harimau Selatan terus fokus meningkatkan prestasi menjelang aksi seterusnya.
JDT akan berkunjung ke Thailand bagi aksi Liga Juara-Juara (ACL) berdepan Buriram United, Selasa depan.
__
Dan, FIFA menerima lebih 1.5 juta permohonan tiket Piala Dunia 2026 dalam tempoh hanya 24 jam selepas jualan awal tiket dibuka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm