Berita Terkini
← Back to list
Faisal Halim kembali menyarung jersi Harimau Malaya!
Mar 13, 2025
Faisal Halim kembali menyarung jersi Harimau Malaya!
Ia disahkan FAM menerusi pengumuman 27 pemain yang akan menggalas tanggungjawab hadapi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal, hujung bulan ini.
Terdahulu, tonggak utama skuad kebangsaan itu alami kecederaan akibat menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu menyaksikan dia terpaksa berehat panjang.
__
Malaysia diundi dalam kumpulan C dengan Jepun, Perancis dan Australia bagi kempen kejohanan badminton Piala Sudirman 2025.
Kejohanan itu dijadualkan bermula 27 April depan di China.
__
Manchester United dihimpit kecederaan menjelang aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Europa berdepan Real Sociedad, awal pagi esok.
Antara pemain yang direhatkan ialah Amad Diallo, Kobbie Mainoo dan Luke Shaw.
Ikuti aksi antara Manchester United dan Real Sociedad secara langsung di Astro, saluran 822 bermula 4 pagi nanti!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm