Berita Terkini
← Back to list
KL City mungkin terpaksa lupakan khidmat Kamal Azizi
May 13, 2024
KL City mungkin terpaksa lupakan khidmat Kamal Azizi pada awal saingan Liga Super.
Ini selepas pertahanan itu alami kecederaan patah tangan seawal minit pertama ketika KL City seri 1 sama dengan Kuching City malam tadi.
Pengendalinya, Miroslav Kuljanac berkata dia masih menunggu keputusan pemeriksaan pakar berhubung kecederaan yang dialami pemainnya itu.
Dalam satu lagi aksi, Sabah gagal guna kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri tanpa jaringan dengan Penang.
Langgani Pelan Sukan dan Hiburan Sooka untuk menikmati perlawanan Liga Malaysia secara langsung sepanjang musim MFL.
-----
Datuk Azizulhasni Awang raih pingat gangsa acara keirin pada saingan Piala Trek Jepun.
Ia merupakan pingat kedua jaguh berbasikal trek negara itu pada kejohanan tersebut selepas turut raih gangsa dalam acara pecut sebelum ini.
----
S Sivasangari sahkan tiket ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia di Kaherah, Mesir selepas kalahkan wakil Amerika Syarikat 3-0.
----
Muhammad Azeem Fahmi raih perak acara 4 kali 100 meter pada Kejohanan Balapan dan Padang Southeastern Conference di Amerika Syarikat.
----
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli raih tempat ketiga pada Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup di Perancis.
----
Pelumba Ducati, Jorge Martin menjuarai GP Perancis – gelaran keduanya dalam saingan MotoGP musim ini.
----
Dan, Arsenal tundukkan Manchester United 1-0 untuk naik ke tangga teratas EPL.
Keputusan itu juga menyaksikan The Gunners cipta rekod baru dalam liga dengan meraih kemenangan ke-27 nya mengatasi rekod musim lalu.
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm