Berita Terkini
← Back to list
BAM Harap Pearly-Thinaah Kekal Dalam Skuad Kebangsaan
Jun 13, 2025
Presiden BAM mahu isu kontrak melibatkan beregu wanita, Pearly Tan - M Thinaah dapat diselesaikan segera.
Ini susulan gandingan nombor tiga dunia itu masih belum menandatangani kontrak baharu meskipun kontrak mereka bersama BAM sudah tamat Disember lalu.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tegaskan hal itu penting untuk bantu pemain memberi tumpuan penuh kepada prestasi di gelanggang.
.....
Dalam perkembangan lain, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei akui masih banyak yang perlu diperbaiki untuk bersaing sebagai pasangan terbaik dunia.
Ee Wei berkata mereka masih dalam proses kembali ke prestasi terbaik selepas kembali digandingkan oleh BAM.
Terdahulu, beregu campuran itu mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia sebelum tewas kepada pasangan Thailand.
.....
Beralih ke bola sepak, Mohd Nidzam Jamil diumum sebagai ketua jurulatih Liga Super Negeri Sembilan FC untuk musim depan.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi NSFC, Datuk Seri Aminuddin Harun yang mengumumkan pelantikan Nidzam sebagai pengendali baharu.
.....
Akhir sekali, Thomas Frank dilantik sebagai ketua jurulatih Tottenham yang baharu bagi menggantikan Ange Postecoglou.
Sebelum ini, Postecoglou sah meninggalkan Spurs beberapa minggu selepas raih gelaran Liga Europa musim ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm