Berita Terkini
← Back to list
SOP di KLIA selamat dan terperinci
Jul 13, 2021
Menteri Belia dan Sukan beri jaminan bahawa SOP yang diamalkan di KLIA selamat dan terperinci.
Datuk Seri Reezal Merican berkata ia bagi memastikan kontinjen negara yang akan berlepas ke Sukan Olimpik Tokyo berada pada tahap terbaik daripada jangkitan wabak COVID-19.
Skuad pelayaran negara telah pun berlepas ke Tokyo 8 Julai lalu dengan SOP serupa manakala atlet lain dijangka berlepas pada 17 Julai.
Sementara itu, kerajaan negeri Pulau Pinang beri insentif RM10,000 kepada 2 atlet kelahirannya yang akan beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo.
Insentif tersebut sebagai pemberi semangat kepada pemain badminton beregu campuran, Chan Peng Soon dan gimnas, Jeremiah Loo untuk meraih kejayaan pada temasya tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm