Berita Terkini
← Back to list
Masters Jepun: Lee Zii Jia tempah slot ke pusingan kedua!
Nov 13, 2024
Lee Zii Jia tempah tiket ke pusingan kedua badminton Masters Jepun!
Jaguh perseorangan lelaki negara itu tewaskan rakan senegara, Justin Hoh dalam pertarungan tiga set.
Turut mara, perseorangan lelaki, Leong Jun Hao yang kalahkan pemain India, Laksya Sen.
4 lagi wakil negara yang telah layak termasuk beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
__
Beralih ke saingan STL Champions Cup 2024,
KL Thunder menang ke atas MGPC Singapore 2-0 pada aksi pembukaan saingan STL Champions Cup 2024.
Sementara itu, Perak Bison kalahkan India Fighters 2-0.
__
Pengendali kebangsaan, Pau Marti Vicente anggap dua perlawanan persahabatan berdepan Laos dan India sebagai cabaran buat Harimau Malaya.
Pau Marti turut akui aksi di tempat lawan bukanlah perlawanan yang mudah kerana banyak perkara berada di luar kawalan.
Untuk rekod, kali terakhir skuad negara lakar kemenangan adalah ketika berdepan Taiwan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026, November tahun lalu.
Selepas itu, Harimau Malaya gagal catat kemenangan di luar negara sepanjang tahun ini termasuk tiga perlawanan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar.
Malaysia dijadualkan berdepan Laos pada aksi persahabatan, malam esok sebelum berlepas ke India untuk bertemu tuan rumah, Isnin depan.
__
Dan peminat bola sepak berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan JDT dengan kelab Singapura, Lions City di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini secara percuma!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm