Berita Terkini
← Back to list
BAC 2025: Datuk Lee Chong Wei bangga atas kejayaan Aaron-Wooi Yik
Apr 14, 2025
Datuk Lee Chong Wei luahkan rasa bangga terhadap Aaron Chia – Soh Wooi Yik atas kejayaan mereka pada Kejohanan Badminton Asia.
Legenda badminton negara itu berkata mereka berdua berjaya tunjukkan semangat juang tinggi dan ketabahan yang luar biasa di gelanggang.
Beregu lelaki negara itu tewaskan wakil China pada aksi final sekali gus tamatkan kemarau kemenangan 18 tahun Malaysia pada acara beregu lelaki kejohanan itu.
Untuk rekod, kejayaan itu juga merupakan kejuaraan pertama Herry Iman selaku Ketua Jurulatih Beregu Lelaki negara.
__
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sifatkan kejuaraan mereka pada Kejohanan Badminton Asia di China sebagai sentuhan magis Herry Iman.
Beregu lelaki negara itu berkata mereka sudah mula menyesuaikan diri dengan gaya latihan dan taktikal daripada ketua jurulatih beregu lelaki itu.
__
Dan, Kylian Mbappé dijangka dapat beraksi pada final Copa del Rey menentang Barcelona hujung bulan ini meskipun digantung dua perlawanan.
Ini susulan pemain dari Perancis itu dilayangkan kad merah pada aksi La Liga menentang Alaves baru-baru ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm