Berita Terkini
← Back to list
Terbuka Finland: Goh Sze Fei-Nur Izzudin muncul juara!
Oct 14, 2024
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Artik!
Beregu lelaki negara itu bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan juara bertahan dari Denmark dalam pertarungan tiga set.
Kemenangan itu turut mencatatkan kejayaan ketiga mereka musim ini selepas memenangi Terbuka Jepun dan Terbuka China sebelum ini.
Dalam pada itu, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah muncul naib juara selepas kalah di tangan beregu pilihan utama dari China dengan straight set.
__
Sementara itu, beregu bawah 19 tahun lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas tewaskan gandingan China.
__
Beralih ke saingan STL,
KL Thunder muncul juara GP Perak apabila mudah tewaskan Selangor Pistons 2-0 pada aksi final.
Untuk rekod, KL Thunder catat reputasi cemerlang selepas memenangi GP Selangor dan GP Terengganu sebelum ini.
Aksi lain berkesudahan, Perak Bison muncul pemenang tempat ketiga selepas kalahkan ATM Guardians 2-0.
__
Malaysia mampu cipta sejarah kalahkan New Zealand buat kali pertama hari ini.
Pau Marti Vicente berkata biarpun berdepan tugas sukar, dia optimis skuad Harimau Malaya mampu pamer aksi terbaik pada aksi persahabatan antarabangsa.
Pengendali skuad kebangsaan itu turut berharap anak buahnya raih kemenangan sekaligus perbaiki kedudukan ranking dunia dengan sasaran untuk berada dalam kelompok bawah 130.
Anda boleh saksikan perlawanan itu secara langsung di Astro saluran 122 bermula jam 2 petang!
__
Antara keputusan Liga Negara-Negara menyaksikan,
England tewaskan Finland 3-1,
Austria benam Norway 5-1
Dan Ireland tewas 0-2 kepada Greece.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm