Berita Terkini
← Back to list
Berhenti ulas pakaian atlet - Hannah Yeoh
Aug 15, 2024
Hannah Yeoh menggesa rakyat Malaysia berhenti mengulas mengenai pakaian atlet di Olimpik Paris.
Menteri Belia dan Sukan berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi tumpuan kerana fokus utama atlet adalah pada prestasi sukan mereka.
Ini selepas imej eksplisit seorang penerjun negara yang diubah suai viral di media sosial.
__
John Beasley akui Datuk Azizulhasni Awang masih berupaya untuk bersaing pada Olimpik LA 2028.
Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara itu turut nyatakan hasratnya untuk terus melatih The Pocket Rocketman itu jika dia mahu meneruskan kariernya.
__
Dalam pada itu, John Beasley berharap supaya semua pihak menghormati apa sahaja keputusan Datuk Azizulhasni yang kini berada dalam dilema persaraannya.
Terdahulu Jijoe umumkan persaraannya sebaik tamat saingan Sukan Olimpik Paris 2024 minggu lalu.
__
Dan Terengganu mendahului senarai kutipan pingat SUKMA dengan tiga emas setakat ini.
Manakala Melaka di kedudukan kedua diikuti Selangor.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm