Berita Terkini
← Back to list
Salah menghuni tangga ke-4 penjaring terbanyak EPL sepanjang zaman!
Sep 15, 2025
Bintang Liverpool, Mohamed Salah duduki tangga keempat penjaring terbanyak EPL sepanjang zaman.
Salah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika The Reds menang 1-0 ke atas Burnley sekaligus menjadi gol ke-188 secara keseluruhan.
__
Sementara itu, Manchester City benam Manchester United 3-0 pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Phil Foden menjaringkan gol seawal minit ke-18 sebelum Erling Haaland menghadiahkan dua gol untuk bantu City raih kemenangan.
Keputusan itu menyaksikan City melonjak ke kedudukan kelapan liga manakala United menghuni tangga ke-14.
__
Dan, Kuching City tempah tiket ke suku akhir Piala FA buat kali pertama!
Ini selepas skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu benam Brunei DPMM FC 9-4 secara agregat.
Turut mara, Kelantan The Real Warriors yang singkirkan KL City 3-2 secara agregat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm