Berita Terkini
← Back to list
Jerman Menang 1-0 Ke Atas Belanda
Oct 15, 2024
Jerman semakin hampir untuk tempah slot ke suku akhir Liga Negara-Negara selepas tundukkan Belanda 1-0 awal pagi tadi.
Jerman kini duduki tangga teratas kumpulan dengan 10 mata – 5 mata mendahului Belanda dengan baki dua lagi perlawanan kumpulan.
Antara keputusan lain,
Perancis tundukkan Belgium 2-1.
Itali belasah Israel 4-1.
Manakala Turkiye menang 4-2 ke atas Iceland.
.....
Kementerian Belia dan Sukan bakal teruskan geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara bagi tahun 2025.
Pihaknya berkata permohonan geran berkenaan dibuka mulai hari ini dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Tambahnya, ini merupakan sokongan kepada persatuan sukan untuk anjurkan pertandingan bagi persiapkan atlet beraksi ke kejohanan antarabangsa.
.....
Pau Marti akui kecewa selepas Harimau Malaya tewas 0-4 kepada New Zealand pada aksi persahabatan antarabangsa semalam.
Bagaimanapun Ketua jurulatih skuad kebangsaan itu tidak nafikan New Zealand merupakan antara lawan paling sukar yang pernah dihadapi oleh Malaysia.
.....
Dan 3 wakil negara akan berentap pada Badminton Terbuka Denmark yang bermula hari ini.
Sementara itu, perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia pula terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu ekoran kecederaan yang dialami hujung minggu lalu pada Terbuka Artik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm