Berita Terkini
← Back to list
Kerja Keras Harimau Malaya Berhasil!
Oct 15, 2025
Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan untuk belasah Laos 5-1 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 malam tadi.
Ketinggalan 0-1 pada babak pertama, skuad kebangsaan menjaringkan 5 gol pada babak kedua.
Kemenangan itu sekali gus kukuhkan kedudukan Malaysia di tangga teratas Kumpulan F dengan mengumpul 12 mata selepas 4 perlawanan.
Anak buah Peter Cklamovski itu seterusnya dijadual berdepan Nepal bulan depan.
.....
3 wakil negara termasuk beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Denmark.
Sementara itu, 9 lagi wakil negara termasuk beregu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik akan beraksi pada pusingan pertama hari ini.
Ikuti secara langsung Terbuka Denmark bermula 3 petang ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Malaysia tewaskan New Zealand 4-2 pada Kejohanan Antarabangsa Hoki Bawah 21 Tahun
Piala Sultan Johor edisi ke-13.
.....
3 pasukan dari Afrika layakkan diri ke Piala Dunia 2026.
Mereka ialah Afrika Selatan, Senegal dan Ivory Coast yang tewaskan lawan masing-masing pada aksi Kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.
Ini menyaksikan mereka akan bersama pasukan dari Afrika yang lain iaitu Morocco, Tunisia, Mesir, Algeria, Ghana dan Cape Verde untuk kejohanan itu.
Sementara itu, England turut layakkan diri ke Piala Dunia 2026 selepas belasah Latvia 5-0.
.....
Jepun kalahkan juara dunia 5 kali, Brazil buat kali pertama dalam sejarah.
Ini selepas skuad Samurai Blue itu bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk kalahkan Brazil 3-2 pada aksi persahabatan antarabangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm