Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Sri Pahang Tempang

Feb 16, 2025


Kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Likas berdepan Sabah FC malam ini diibaratkan tempang. 

Berita Harian melaporkan ia berikutan isu penggantungan, kecederaan dan masalah peribadi 4 pemain skuad itu. 

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata ia termasuk Sergio Aguero yang masih belum boleh disenaraikan kerana digantung 2 perlawanan.  

Justeru beliau mengakui skuad Tok Gajah kini berdepan masalah ketumpulan di bahagian serangan. 

Dalam satu lagi perlawanan, Penang akan berdepan Kuching City dan tonton secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula 9.00 malam ini.  

--- 

Menteri Belia dan Sukan yakin kepimpinan Presiden FAM yang baru mampu bawa perubahan positif kepada pasukan negara. 

Hannah Yeoh berkata, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub bersama jawatankuasa baru mampu meningkatkan prestasi Harimau Malaya juga Malayan Tigress dan Harimau Muda.  

Datuk Mohd Joehari diumumkan sebagai Presiden FAM yang baru bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak pertahan jawatan yang disandangnya sejak 2018. 

--- 

Selangor tewaskan juara bertahan PDRM 3-2 pada aksi final pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Cabaran di PJ.   

Ia membolehkan Selangor bawa bekalan selesa untuk perlawanan final ke-2 pada 22 Februari di Selayang nanti. 

--- 

Arsenal tumpaskan Leicester City 2-0 pada aksi EPL malam tadi meskipun dilanda kemelut kecederaan pemain.  

Ia menjadikan The Gunners kini hanya beza 4 mata dengan pendahulu Liverpool, namun skuad kendalian Arne Slot itu beraksi kurang 1 perlawanan.  

Perlawanan lain EPL berkesudahan Manchester City benam Newcastle 4-0 dan Everton kalahkan Crystal Palace 2-1. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us