Berita Terkini
← Back to list
Newcastle Julang Trofi Piala EFL
Mar 17, 2025
Newcastle julang trofi Piala EFL selepas tewaskan Liverpool 2-1 pada aksi final.
Dan Burn dan Alexander Isak masing-masing jaringkan 1 gol untuk pastikan Newcastle raih kejuaraan utama pertama sejak 1955.
Ini sekali gus menjadikan Eddie Howe sebagai pengurus pertama yang bimbing Newcastle untuk julang trofi domestik dalam tempoh 70 tahun.
.....
Manchester United benam Leicester City 3-0 pada aksi EPL awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan The Red Devils naik ke tangga ke-13 liga dengan 37 mata.
Aksi lain berkesudahan,
Arsenal tundukkan Chelsea 1-0,
Dan Fulham kalahkan Tottenham 2-0.
.....
Sementara itu, Barcelona catat kemenangan 4-2 ke atas Atletico Madrid untuk kembali ke tangga teratas La Liga.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Kuching City tewaskan Selangor 2-1 pada aksi Liga Super.
Jimmy Raymond jaringkan gol kemenangan The Cats sekali gus leburkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah Selangor.
Dalam satu lagi aksi, JDT benam Penang 3-0 untuk kukuhkan kedudukan di puncak liga.
.....
Pelumba F1 McLaren, Lando Norris menjuarai GP Australia mengatasi Max Verstappen di tempat kedua manakala George Russell ketiga.
.....
Akhir sekali ke MotoGP, Marc Marquez muncul juara GP Argentina sekali gus raih gelaran keduanya berturut-turut musim ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm