Berita Terkini
← Back to list
Shah Firdaus kini sandaran utama Malaysia!
Mar 17, 2025
Muhammad Shah Firdaus Sahrom kini menjadi sandaran utama Malaysia untuk menyinar pada kejohanan antarabangsa akan datang.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh optimis jaguh berbasikal trek negara itu mampu menggalas tanggungjawab berkenaan sekali gus menggantikan posisi Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Untuk rekod, Shah Firdaus raih pingat emas dalam acara keirin pada Piala Negara-Negara Kesatuan Antarabangsa di Turkiye.
__
Kementerian Belia dan Sukan jangkakan e-sukan menyumbang kepada pungutan pingat Malaysia pada Sukan Asia ke-20 di Jepun tahun depan.
Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata kesemua atlet juga sudah memulakan persiapan bagi menghadapi cabaran itu nanti.
__
Dan, jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou rangkul dua pingat emas pada Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2025 Tahap 1.
Kem negara turut membawa pulang satu lagi pingat emas menerusi beregu berkerusi roda Muhammad Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm